Wednesday, July 22, 2009

Sekejapnye masa berlalu...

Diam tak diam... dah setahun 23 hari aku keje di KBS ni...macam-macam ragam, pengalaman yg aku kutip sepanjang aku kat sini.

Bermula dengan bos Taib, lps tuh bos Zack, tak lama lepas tuh En. Zukri Velenteno pulak (gred 54), lps tuh, tukar lagi, masuk En. Abdul Hamid..haa yang ni tak tukar ke mane2, setia dia KBS.

Mula dengan nama Cawangan Media dan Komunikasi Korporat sampai la ubah nama ke Unit Komunikasi Korporat. Masa start kerja, bawah YB Dato Ismail Sabri, sekarang ni, YB Dato Ahmad Shabery Cheek.

Dulu ada abg, Radzi ngan abg. Fiki, daripada bujang sampai la dah kawin 2 orang bro tuh, skrg ni dua2 dah bertukar ke Jabatan Penerangan.

Sama juga dengan PKS, dulu ada Zahir, Jeva, sekarang ni ada Firdaus, Arif.
Budak praktikal pun silih berganti, Shahmi (UiTM), Rosnah (UKM),skrg ni ada 2 org pelajar praktikal dr IKBN, Huzraimi dengan Saddam dan sorang lagi Magendran dr UPM.

PA pun dah ada..si Ida Asmat..dulu dia di cawangan sebelah, Ida pun dah pregnant..baru je lagi taunye (tahniahhh!!!).

Hari ni plak, ada sorang pegawai KPI baru masuk ke UKK, gred 52, kemasukan dia telah merombak kedudukan kat luar ni.. bukan kedudukan pangkat, kedudukan tempat. Dah susun elok2 tempat kat luar ni, kalo tak beratus tahun rupe tuh la juga. Alang2 dah mengemas..kemas betul2...kat luar ni ada 6 partition daripada 4 yg sebelum ni..

Kak JJ dgn En Yus dah pindah masuk ke bilik abg razi dgn abg fiki.

Punyala banyak rombakan dan perubahan yang berlaku..hanya dalam tempoh masa setahun..kalo lama lagi..mungkin banyak lagi perubahan yang akan berlaku...tunggu dan lihat sahajalah



Thursday, October 23, 2008

RODA...



Roda.. digunakan untuk membantu menggerakkan kenderaan.. berbentuk bulat dan mudah bergolek.

kalau roda kenderaan..tak kita lah motosikal, basikal, kereta, waima kereta sorong sekalipun, jika pancitnya tayar rodanya, maka hendaklah di isikan angin supaya pergerakkan nya lebih lancar.

Tapi bukan roda tuh yang hendak diceritakan di sini..

Yang hendak diceritakan di sini adalah roda kehidupan manusia.

Semua orang tau... putaran kehidupan kita sebagai manusia di muka bumi ini selama hayat masih ada. Mungkin hari ini kita akan berada di puncak, di sayangi orang sekeliling, berjaya dlm bidang yang diceburi, disanjung dan dipuji...

TAPI...(mesti ada tapi kan!?) kita kene selalu beringat dan muhasabah diri, semua tuh tak akan kekal, suatu hari nanti, mungkin kita akan dilupakan, dikutuk, dicerca, menemui kegagalan dan berkemungkinan, langsung tak dipandang sebelah mata pun...

Memang la kita tak nak semua tuh berlaku.. tapi kita kene selalu beringat, jgn terlalu taksub dan tinggi diri dengan apa yang kita peroleh pada hari ini. Sebab apa yg diperoleh pada hari ini, tidak menjamin keselesaan dan kesenangan yang berterusan pada masa-masa akan datang.

Apa yang boleh dibuat kini, ingatlan selalu pada-Nya yang sentiasa memerhatikan kita di dunia ini, teruskan kehidupan dan kerja-kerja yang di amanahkan dengan sebaik mungkin. Jagalah perangai dan tingkah laku, tutur kata dan sentiasa menghormati orang yang lebih tua dari kita. tak gitu??








Monday, October 20, 2008

BAd Day!!!!!


Where is the moment we needed the most
You kick up the leaves and the magic is lost
They tell me your blue skies fade to gray
They tell me your passion's gone away
And I don't need no carryin' on

You stand in the line just to hit a new low
You're faking a smile with the coffee to go
You tell me your life's been way off line
You're falling to pieces every time
And I don't need no carryin' on

Cause you had a bad day
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day

The camera don't lie
You're coming back down and you really don't mind
You had a bad day


hurmm...
antara bait bait lagu Bad Day- Daniel Powter
hari yang tak berapa bagus untuk dilalui hari ni...
kes 1: Pintu bilik terkunci dari dalam
aku? kalo dah namanye pintu terkunci... duk luar la maknanye...ntah mcm mana pintu bilik tuh boleh terkunci dari dalam. org terakhir dlm bilik tuh tak lain tak bukan room mate aku gak..dia kata dia tak kunci..mungkin kesilapan teknikal. dah la kejadian pagi, baru lps mandi, nak bersiap gi opis. tetiba jadi mcm ni plak.

puas la duk tendang, guna gunting ganti kunci kat tombol pintu tuh, kunun2 mcm Mcgyver la..(chehhh!!), tak boleh juga, guna nail clipper, pun tak mau, guna lidi bunga telur, lagii tak mauuu.. (whuaaaaaarrghhhhh!!!! cam ne ni???).

nasi baik ada jiran yg lalu, minta tolong panggilkan guard kat bawah tolong. Bila Guard dtg, dia kata nak tendang pintu tuh.. (wehh... jgn!!! pecah pintu tuh nanti..banyak plak nak kena bayonye). Lps tu dia kata nak panggil maintainance. 10 minit kemudia dia dtg lagi ngan sorang lagi guard, dia kata maintainance tak masuk opis lagi. Akhirnya guard tuh jg yg tolong buka kan dgn pisau. akhirnya terbuka juga. (phewwwwww!!!) tapi... tombol tuh abih rosak la.. confirm kene ganti baru.

siap-siap, pukul 9 lebih juga baru sampai opis...huhuhuh

kes 2: Seminar Tadbir Urus

seminar ni sepatutnya berlangsung 20-23 hb di Bt Gajah, Perak. Tapi terpaksa ditangguhkan di saat2 akhir atas sbb yang tak dpt dielakkan (hurmm jawapan skema kan? tapi mmg betul tak dapat nak dielakkan, kita bukan suka2 nak tangguhkan, ingat senang ke dah rancang semua, dah ada peserta, penceramah, tup tup batal plak..kecewa la juga sebagai urusetia)
tapi bab yang paling teruk, very2 frustrated, ada seorang penceramah dari UKM (lecturer aku juga dulu tuh) telefon kak jj, bgtau dah sampai Bt Gajah!! (What!!??? Oh My God!!!). Apa yg boleh dibuat? minta maaf banyak2. Tapi imej sedikit tercalar, lecturer tuh bukan calang2 orangnya. Jadi plak mcm ni... terasa la pedihnye...rasa cam nak nangis je plak.
ye la.. org dah amanahkan kita untuk hubungi mereka yg terlibat dengan seminar tuh, bagitau penangguhan tersebut. Sekali ada yg terlepas..Yela, dah cuba telefon ofis, Hp penceramah tuh, tapi tak dapat jg dihubungi, lps tuh..bos SMS je bagitau penangguhan tersebut. kalau dah jadi mcm ni? tak terima la SMS tuh..(whuaaarrghhhhh!!)

Rasa mcm nak gi kat tasik Putrajaya je (kalau hari tak hujan la).. bukan la nak gi terjun ke dalam tasik tuh la.. (kita org Islam BUKAN begitu cara penyelesaiannya- terjun tasik)
tapi nak duduk, termenung panjang kat situ, fikirkan apa yg dah berlaku dalam hidup ni pada hari ni...hari2 yg akan dtg.. hurmmmmm




Thursday, October 9, 2008

lamanye tak menulis

ALAMAKK!!!
aisey.. dah masuk bulan Oktober dah... banyak cerita yang tertinggal, tak di masukkan ke dlm blog ni .. hehe. nak buat cam ne, kalo dtg penyakit M (MALAS!!) mmg payah dibuatnye.

cerita 1:
PRA KONVOKESYEN?!!

setelah 3 tahun menuntut di UKM, tamatlah sudah pengajian di sana. tanggal 4 Julai, secara rasminya tamatlah sudah tempoh berada di UKM, iaitu bersamaan tarikh akhir tamat menjalani latihan industri di Kementerian Belia dan Sukan. Seterusnya, membilang hari untuk sambutan yang ditunggu-tunggu oleh semua mahasiswa yg telah tamat pengajian--> HARI KONVOKESYEN!!!

yuran dah settle, jubah dan ambik, cenderahati dah dapat, rehearsal konvo dah pegi, bergamba dgn kawan2 dgn jubah masing2 pun sudah..tinggal lagi nak menunggu tibanya 11 OGOS 2008 (isnin).hehe

Tapi sebelum tuh!!!..ada tapinya, kita dah buat dulu majlis konvokesyen.. nak tau kat mane? di opis tempat keje.. hehe kat CMKK, KBS la, mane lagi.

Bukanlan teman yg beria nak offer nak bawak sampai ke opis jubah tuh, tapi kisahnye bermula dgn bos teman En. Yusri tuh yang nak merasa pakai jubah konvo UKM, jubah Uitm dia dah pakai, lps ni, bile budak2 praktikal dr UPM konvo, di suruhnya diaorg plak yg bawak, nak bergamba, lps tu nak frame letak kat opis.. hehe (kunun2nye, banyak U dah dia blajo..heheh).

Teman pun bawak le ke opis, bergamba la semua org dgn jubah tu, siap bergamba kat studio mini CMKK lagi, mmg seronok n happy sangat. masa pakai jubah n bergamba dgn diaorg semua, terasa begitu tinggi penghargaan yg dibagi. Ni teman letak gambonye di bawah (urutan kiri ke kanan: En.Yusri (bos), Kak JJ (bos 2), En. Zazali (fotographer).


dgn kawan2 praktikal idak juga dilupakan.. ni ada gambonye di bawah:


gambo ni paling teman suka... hanya ucapan TERIMA KASIH yang mampu dilafazkan

CERITA 2:
KONVOKESYEN YANG SEBENAR!!!
Hari Ahad 10/8/08 bertolak dari Batu Gajah, Perak menuju ke Bangi Lanai (Bangi) bermalam di sana menanti tibanya hari Isnin. Konvokesyen kene plak pada sidang pagi, kene la dtg awal, kena plak tempah rumah tumpangan.. takkan nak tido kat masjid plak kan? hehe. Petang Ahad dah sampai Bangi, akak, Kak Ani, Iqa dan Aimuni sampai malam. Terharu sangat, kak Ani n anak2 dari Johor pun turun juga ke majlis konvo.
7.00 pagi- Bersiap2, sarapan kat kedai mamak dulu, baru gerak ke UKM. Mak n Bapak je yg pegi dulu, yang lain2 pegi lambat sikit. Yela, sbb mak n bapak kene masuk awal ke dlm DECTAR.
8.00 pagi- Lps hantar mak n bapak ke dewan, menuju ke tempat berkumpul utk berbaris masuk. Jumpa la balik kawan2 kelas setelah lamaaaaa tak jumpe, bergamba sakan dulu.. ye la, kalau nak tunggu lps abih konvo, jgn harap la dpt bergamba dgn diaorg semua.
8.45 pagi- Mula berbaris masuk ke dalam dewan, kad pintar di tangan. betul2 baju n mortar board..seronok bebeno, sempat lagi geng2 betulkan make up (teman idak laa...hehe). Perarakan masuk dimulakan dengan penerima Sarjana, mahasiswa Fakulti undang-undang.
9.00pagi - Fakulti Sains Sosial mula berarak masuk, dengan di iringi bunyi muzik dari pancaragam DBKL. Masa melangkah masuk ke DECTAR, sayunye rasa hati, terselit juga perasaan bangga, Tuhan je la yg tahu perasaannye masa tuh. Senyum di muka tak lekang..akhirnya hari yang dinanti-nantikan tiba juga pada pagi Isnin 11 Ogos 2008. Koir nyanyikan lagu UKM, varsiti, ilmu mutu dan budi..isy.. sebak rasanye.
lebih kurang 10.15 pagi- tiba giliran barisan teman beratur untuk ambik ijazah, nampak plak mak ngan bapak, suka diaorang. Bila dah naik pentas, tunggu giliran, ,salam dulu dengan Dekan FSSK, lps je nad selesai, giliran teman plak, (jalan kontrol..hehe), sampai kat pro canselor amek ijazah, ucap terima kasih!
(warghhhh.. tak tau la betul ke idak, sblm tuh punya la practise nak ucap menjunjung kasih, berapa kali nak tunduk hormat, tapi sampai2 je.. TERIMA KASIH juga yg keluar, menjungjung kasih ntah ke mane, berapa kali tunduk pun tak tau..betul ke idak..tak ingat apa dah masa tuh..tapi Alhamdulillah semua nya dah selesai, takde jatuh tersungkur, topi terjatuh ke..apa2 yg tak patut berlaku..nasib baik tak berlaku..kalo idak.. konvo tahun depan..conform jadi contoh untuk penerima ijazah yg lain plak..phewwww! tak mau teman aihh!!).
11.30 pagi- Acara hampir selesai, bagi penerima ijazah terakhir utk set fakulti mmg best. Sbb apa tau?? semua penerima bagi Fakulti tersebut akan bertepuk tangan (mesti budak yg last tu bangga giler). Bile semua dah selesai, kami penerima ijazah akan tunduk hormat 4 penjuru, tanda ucap terima kasih kepada ibu bapa yang telah berusaha menyekolahkan dan memberi ilmu tanpa putus asa. Tulah antara kelainan konvokesyen UKM.

12.00 tgh hari- yiPpppeeee dah Konvoo!!!! bergamba dgn kawan2 yang sempat ditarik, sbb ada yang dah hilang ntah ke mane, cari famili gamaknye. lps tu bergamba plak dgn famili. Panasnye usah cakap la... dgn jubahnye lagi ..tengah hari pulak tuh.. perghhh. Bergambo plak leps tuh kat studio satu famili. Buat kenangan. lps tuh pulang semula ke Putrajaya.

Wednesday, July 9, 2008

Haa...Dapat KeRja!!??



Rezeki namanye, 7 julai 2008 (isnin) confirm ditawarkan kerja di KBS ni kat Cawangan Media dan Komunikasi Korporat. Jawatan apa? Bukan la jawatan pegawai...biasa2 je, sebagai Pembantu Tadbir Sambilan selama 6 bulan sampai akhir tahun ni...(yahooooooooooo). Dapat koje! dapat koje!

Walaupun kejenye tak banyak sgt kaitan dengan apa yg dibelajar masa kat UKM dulu, tapi yang pentingnya PENGALAMAN perlu dikutip terlebih dahulu. Tak kisah la kalau bermula dari bawah sekali pun. Dalam keadaan ekonomi skrg ni yang tak menentu, susah juga nak dapatkan kerja, persaingan lagi dengan lepasan ijazah, diploma. Rebut la peluang yang ada, yang penting buat masa ni tak “tak tergolong sebagai siswazah menganggur”.

Bile dah dpat tawaran ni, kena la daftar KWSP. Pagi selasa, masuk opis lambat, gi settlekan dulu pendaftaran KWSP kat hentian Kajang. Dah la pagi tuh hujan (rintik je la, tapi sbb bawak moto, basah juga on the way ke bangi dr putrajaya), sampai KWSP, masuk dalam...grrrrrrrr (bukan marah!!, tapi sejukkkk, ketap gigi, sejuk aircond..dah la baju basah...huhuhu). borang pun basah sikit sbb kene lengan baju yg lembab.

Settle urusan, dah dpt no caruman, gi UKM jap, beli cenderamata. Walaupun UKM dgn hentian Kajang tuh tak la jauh mane, tapi sbb renyai lagi, sweater pun lembab, rasa mcm bawa moto kat greenland (mcm penah sampai greenland je)hahah, agak2 jela..sejuk nye Ya Ampun....

11.30 sampai opis, uruskan pas keselamatan, anta borang jawapan...Alhamdulillah, akhirnye semua selesai. Sekarang ni, bukan lagi praktikal, tapi dah kerja!! Hujung bulan dapat gaji (yeehHHAaaa!!!)

Terima kasih kepada semua staf kat Cawangan Media dan Komunikasi Korporat ni (kalo diaorang baca blog ni laa...hehhe), terutama kat En. Yusri yang kelakar (Pegawai Perhubungan Awam), Kak JJ yg ceria (Penolong Peg. Perhubungan Awam) sbb bagi peluang untuk saya menimba pengalaman dengan lebih mendalam di cawangan ni. Tak lupa juga kat kak Shima yg ada mcm2 nama, Azim yg pendiam, A’aa yg baru dpt baby girl, Razi & Fikri yg nak kawin tak lama lagi, ZK&ZT yg kejenye tangkap gamba je.kalo ada yg kurang, tak puas hati dengan prestasi,, tegur la. Saya budak baru belajar (cehh..budak lagi ke??), kalau salah sila la tunjukkan.

Kepada kwn baik ku, Zieana semoga berjaya mendapatkan pekerjaan yg di idamkan (dia ni teringin sgt nak keje kat Hot fm), kwn2 praktikal dr UPM (haduii...hari2 jumpe lagi la diaorg ni) arip, syafiq, pok dek n muin...kita masih lagi perlu bekerjasama slps ni ..hahha.
Sama juga la dengan kwn2 seangkatan, MENTION COMMIM UKM, sesiapa yg dah dapat kerja, tahniah, yg belum, usaha lagi, u all mesti bleh dapat kerja yang lebih baik lagi.








MaKann BeSarrr!!!


25 jun yang lalu, YB Menteri Belia dan Sukan ada buat majlis...majlis tuh nama Makan Malam YB bersama ahli parlimen. Buat nye di Legend Hotel kat sebelah the mall tuh..berhadapan dengan PWTC.

Apa kene mengena majlis tuh ngan saye ni aa?? Ahli parlimen pun bukan, ahli biasa ada aa...tuh pun masa join persatuan kat sekolah dulu.. (huhuh).

Sbb nye, saya dan rakan2 praktikal lain ditugaskan untuk turun membantu majlis tersebut dr segi pendaftaran, pemberian cenderamata dan usherer (pengiring).
Tugas saya??? Jadi usherer...ngape yob? Idak percaye ke? Huhuh..tapi tuh la hakikatnye..hakhak,baju batik pakai mlm siap pinjam dari kak shima lagi, (nak seragam kununnye)

Dato' Ismail sabri, Menteri KBS

Majlis tuh mula pukul 8.30, sblm pukul 8 lagi dh stanby. 8.30 je ramai YB2 dah mule hadir, maka bermula la tugas iring YB2, dan tunjukkan meja, tempat utk duduk dalam balroom tuh. Ingat senang ke??bukan cam sgt muka-muka YB ni, ada yg anta wakil je Tapi takpe.. YB2 semua tuh ok je..kita senyum dia senyum..dia tak senyum, lantak la...(ingat heran sgt ke) hehehe.

Mlm tuh dapat jumpe menteri KBS, Dato’ Ismail Sabri (sebelum ni pun penah je jumpe, tapi tak pernah dpat bergamba bersama), Timbalan Menteri, yang paling best, dapat jumpe Dato’ Jamaludin Jarjis (ala.. bekas menteri Sains Teknologi & Inovasi.....) haa dengan dato’ ni dapat bergamba..huhu.

with Dato' Jamaludin Jarjis

Lps tuh mula la acara makan2, time tuh tugas kira dah selesai, duk kat luar ngan kwn2 lain, bergamba sakan, kalo boleh kat dpn pintu masuk toilet pun nak bergamba. Bergamba-bergamba juga, perut lapa, kruk krak kruk krak bunyi, tiba2 muncul hero yang menyelamatkan kami, En. Ammar yg bwk kami semua makan kat cafe hotel tuh (yiPPeeeeee!!!). makan bukan sebarang makan, makan buffet lagi tuh... tau2 je la kalo makan buffet...3-4 kali round gi amek makanan...sedapppp, freee lak tuh...dr western, ke seafood lps tuh dessert plak..perghhh (:p).

Habis acara makan2, kemas2 barang, bersiap nak balik, pukul 11 mcm tuh baru bergerak balik ke putrajaya, sampai KBS je dah dekat pukul 12..haduiii penatt. Balik umah mlm tuh menggigil-gigil bawak moto. Sejukkkknyeee angin malam...

Walaupun jadi usherer je, banyak juga benda boleh dipelajari

1. senyum
2. senyum
3. senyum
4. bantu sedaya yang mungkin

Friday, June 20, 2008

boringgg...

hari ni dah masuk sebulan dan 8 hari menjalani latihan industri (istilah yg senang, praktikal).
nak tau kat mane? di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Putrajaya...
dalam minggu ni tak banyak keje kene buat, just tolong keje2 pejabat je..
makanye.. terjadilah hari yang sangat membosankan..whuarghhhhh
kenapa pilih KBS?or government? bukan ada elaun pun...
hurmm..soalan tuh pernah di tanya kevin zahri masa tolong dia jaga booth sempena Hari Bersama Belia...

tetiba speechless, tak tau nak jawab apa, ingat balik kenapa laa dulu pilih institusi kerajaan ni?
lps dia tanya tuh..saya jawab, -> Sebab minat
mesti dia pikir, budak ni takde hala tuju agaknye,.,, hehe

why..why..why???!!!

but now i remember, why i choosed KBS

1. dulu KBS agak popular juga (masa di bawah pentadbiran YB Azalina, tp skrg ni bwh
pimpinan YB Ismail Sabri..bapak Dafi AF..hehe)
2. orang kata praktikal di pejabat kerajaan senang (terlebih senang dah ni)
3. berhajat nak bekerja dengan kerajaan
4. nak tau mcm mana gerak kerja dalam institusi kerajaan (selama ni kita selalu dengar berita
yang kerajaan ni amal birokrasi la, lambat la, itu la, ini la..so nak la juga tgk sendiri mcm mana
keadaannye)
5. berharap boleh diterima terus bekerja di tempat yang sama selepas habis praktikal
6. tak tau nak pilih tempat masa nak isi borang praktikal, no idea (tetiba je dtg idea KBS)
7. Nama pun Belia dan Sukan..kita kan belia lagi (mungkin ada kelebihannye kat situ utk belia2
mcm saya ni aa..ngee :p)
makanye, saya sekarang ni ada di :: Cawangan Media dan Komunikasi Korporat ::
bos, pegawai2, staf2 n me with other practical student


penyelia n staf2 kat sni semua nye havoc, kecoh, talkative..semua ada la..ada en Yusri, kak JJ,K shima, K nor (yg ni cawangan sebelah, tapi dia masuk je ngan kitaorg), campur plak dgn budak2 praktikal, 4 org dr UPM, mau bergegar cawangan ni..hehe

cawangan ni sibuk masa ada event je. contoh sambutan Hari dan Minggu Belia, Hari Bersama Belia, pameran, lawatan, time tuh mmg penat!!
tp skrg ni takde banyak event, menteri pun dah keluar pekeliling minta jimatkan kos, ye la skrg ni semuanye dah naik. kene la berjimat. sebab itu terjadilah tahap kebosanan yg agak tinggi dlam diri ni aa,,huhu.

ok..skrg ni biar saya bagitau serba sedikit mengenai Kementerian Belia dan Sukan

Visi

1. Ke arah mewujudkan masyarakat belia yang memiliki keperibadian yang bersepadu dari segi rohani, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab,bersemangat sukarela dan patriotik untuk menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran negara

2. Melahirkan masyarakat yang aktif, sihat dan cergas serta membangunkan atlet sukan berprestasi tinggi hingga ke taraf antarabangsa.

Misi

Menyediakan Program Pembangunan Belia dan Sukan supaya dapat memberi sumbangan terbaik ke arah pembinaan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dalam pelbagai bidang, khususnya bagi:-
Meningkatkan pembangunan generasi muda ke arah mewarisi dan mengangkat peradaban bangsa dan negara; dan
Pembangunan sukan untuk individu dan masyarakat.
Objektif

Objektif KBS ialah:
“ Untuk membina masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang sosial dan ekonomi serta untuk membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah perpaduan dan pembangunan negara. ”
di KBS, ada 13 cawangan semuanye

Menteri : YB Dato' Ismail sabri
Timbalan menteri : YB. Tuan Wee Jeck Seng
Ketua Setiausaha : Dato' Mohd. Yasin B Mohd Salleh


for more information pls click this link : http://www.kbs.gov.my/